Saturday, March 19, 2011

Whatt??

ari ni, bangun-bangun pagi tadi macam biase pergi sarapan kat bawah. Makan burger pagi tadi. Lepas tu, terus la pergi on komputer. Dalam tengah-tengah gune, ade sorang lelaki cine masuk rumah. Mak aku bawak die naik atas. Uncle tu  datang dari  syarikat pembersihan haiwan perosak, nak check rumah, ne bersihkan atas syiling rumah tu..

  Syiling rumah aku memang dah sekian lame jadik tempat penginapan sejenis haiwan nokturnal  bernama kelawar. Dari kecik-kecik lagi dah biase dah terdengar bunyik kelawar. Tapi bagi yang tak pernah dengar,tibe-tibe terdengar, boleh terkejut oo, bunyik die macam seram.HAHA..

gambar hiasan..hee

   Uncle tu pun panjatlah tangge masuk dalam syiling rumah. Seminit kemudian die keluar, die bagitau "Ini dah kritikal, memang dah penuh dengab kelawar dengan nalis-najis kelawar pun ade. =.=
Well, yang tu memang dah agak kot. Tapi, pastu die sambung lagi cakap, " dekat atas tu pun ade  punye sarang, sudah manyak besar woo." Aku dengar pun, macam, WOO,WHAT?. Pastu uncle tu kate,  nak tengok panjatlah. Mak aku pun suruh panjat, tengok. Panjat-panjat, suluh cikit, kelihatanlah semergam indah sarang lebah.. an yang paling menarik, bende alah tu straight ade betul-betul atas bilik aku, atas syiling dekat katil aku. Fuhh, giler cuak!! mene tawu tak memasal sarang tu jatuh ke kan waktu aku tidur, tak naye??   Tapi patutlah selalu jek aku nampak sekor due lebah dalam bilik aku, ingatkan diorang datang dari luar..=,=
satu lagi gambar hiasan..hee

  Dalam 2 minggu lagi baru buang segale bende tu nanti, uncle tu datang lagi.

p/s : cuak. rase macam duduk sebilik dengan sekawan lebah.best?

Friday, March 18, 2011

Takutnyer..

    Baru baru ni kan Jepun  dilanda macam-macam krisis kan. Sekarang yang masyarakat dunia sedang pandang ialah krisis nuklear dekat Jepun. Perkembangan terbaru setakat ni ialah pihak Jepun dah isyhtiharkan bahawa sekarang krisis nuklear dekat Jepun telah sampai ke tahap 5. 


   Krisis di Daiichi Fukushima, yang dulunye dinilai sebagai cume masalah tempatan, sekarang dianggap sebagai memiliki "kesan yang lebih luas". Luas yang macam mane tatawulah. Tapi, radiasi nuklear kot, sape tak takot.


Oke, bagi sesape yang macam kureng faham tentang tahap-tahap krisis nuklear, meh penerangan cket.
  • Krisis nuklear akan diukur dalam 7 tahap, Tahap 7 paling tinggi, kirenye dah sangat dahsyat la. Ini berdasarkan insiden Chernobyl, Ukraine pada 1986
  • Tahap 4 bercorak stermpat
  • Tahap 5 bermaksud rod tindak balas nuklear telah mengalami kerosakan yang teruk, insiden nuklear di Three Mile Island pada 1979 di Amerika Syarikat jugak berda di tahap 5.
Tapi sikap rakyat Jepun ni memang salute abislah. Walaupun mangsa-mangsa yang terselamat tu hidup dengan kurang makanan, kurang minuman, suhu pulak di bawahh takat beku, tapi diorang still bekerjasama tolong menolong. Waktu pengagihan makanan, diorang agihkan sendiri tanpa berebut-rebut. Memang berdisiplin lah. Tak nampak sorang pun yang pentingkan diri sendiri. Tengok Malaysia, naik bas pun berebut macam hape, =,=

lagi satu, seorang wartawan akhbar ade beri laporan yang sebenarnye masyarakat dunia, masyarakat Barat yang kelam kebut itu ini, sedangkan rakyat Jepun di Tokyo dan bandar-bandar lain semua berusaha menjalani kehidupan seperti biasa. cool jeh diorang :)

 Lastly, selamat berjaye pasukan bomba elit Jepun dari Tokyo yang pergi ke reaktor nuklear untuk pulihkan keadaan. Keberanian diorang amat hebat.


p/s : negara kite Malaysia pun ade usulkan nak buat reaktor nuklear pada masa hadapan, agak-agak korang setuju tak?

Wednesday, March 16, 2011

BEN ASHAARI : LELAKI vs PEREMPUAN KERANA FIZIKAL



  1. Anda pernah jatuh cinta ? Apakah yang membuatkan anda jatuh cinta ? Kerana fizikal atau keperibadiannya ?
    pernah la, sebagai manusia normal kan.hahaha. Mule-mule pandang keperbadian, tapi fizikal kene pandang la jugak sebagai faktor kedue. Tapi, kecantikan fizikal kan subjektif, semua orang pandang dengan dengan care yang tersendiri. Beauty lies with the eyes of the beholder.

  2. Apakah anda jenis mengutamakan fizikal dalam memilih pasangan hidup ? Kenapa ?
    utama lah jugak. walaupun ape orng cakap, fizikal penting dalam pilih pasangan, kalau tak nanti, senang rase bosan, dan itu kan bahaye dalam hubungan. tetapi saye senang jek nak berpuas ati dengan fizikal seseorang,kot.hee..~ sekadar pandangan ok..

  3. Bahagian fizikal manakah yang membuatkan anda tertarik ? Kenapa ?
    Bahagian muke. Bile pandang muke tu, sejuk jek hati memandang, itu sebab tertarik. Senyuman yang menawan pun boleh jadik daye penarik. ;)

  4. Pendapat anda jika pasangan yang dah berkahwin mengatakan 'berisi tandanya bahagia' .. Apakah anda setuju ?
    Setuju kot. Jangan extrm sangat berisinye tibe-tibe sudah. haha. Tapi, kalau dah kahwin tapi tak berisi, tak la bermaksud kehidupan diorang tak bahagia. 

  5. Setujukah , lelaki kacak biasa kaki perempuan dan perempuan cantik pula materialistik ? Jelaskan pilihan jawapan anda ..
    TEEETT, tadak setuju. ade jek lelaki tak kacak tapi kaki perempuan(tarik perempuan gune harta) . Ade jugak perempuan tak cantik tapi materalistik, tapi kadang-kadang kite terlepas pandang golongan tu. Sebenarnye dunie ni ade macam-macam manusia, semua sikap, sifat pun ade, baik, jahat, dan sebagainya. Itu semua ikut hati, bukan fizikal.

  6. Beri contoh LELAKI IDAMAN ( bagi perempuan ) dan PEREMPUAN IDAMAN ( bagi lelaki ) ... Sila jelaskan pilihan anda .. kenapa anda pilih 'si dia '  ..
    Perempuan Idaman?? Tak pernah terpikir sangatlah pulak. Mane ade kot orang yang sempurna dalam dunie kan. Cukuplah yang besederhana. hee. yelakan, most perempuan dalam iklan tv pun bukan betul sangat, lagi bayak edit kat komputer jek.
  7. Apakah anda berpuashati dengan fizikal pasangan anda sekarang ?
    Berpuas hati. Semua pun oke jep. Tu yang tak paham bile die yang tak abes-abes kate nak diet la, byk jerawat, byk jek komen diri sendrik, perempuan la katekan.. sighh ~

  8. Apakah anda berpuashati dengan fizikal anda sendiri ?
    nope. I want to gain some weight. pleasee, any tips?

  9. Perlukah seseorang wanita / lelaki itu menjaga tubuh badan kerana kehendak pasangannya ?
    Kalau perkara yang kecik-kecik tu bolehla kot sikit-sikit,penting jugak tu. Tapi la kan, selain tu, taperlu, yang penting kan hati, bukan tubuh badan sahaja. Yang paling penting dapat terima pasangan seadanya.

  10. Zaman sekarang ini , terlalu banyak produk menguruskan badan ... Apakah anda rasa ianya benar benar mujarab ? Ada bukti ? heheh..
    Kalau yang setakat jual tepi-tepi jalan tu, susahla nak percaya. Kalau berkesan kuruskan badan pun, takut-takut ade kesan sampingan lain.Papehal, check la kat internet ke tentang produk-produk ni, yang penting tengok komen pengguna. Ade yang efektif, tapi kene carik betul-betullah kot.

Pesanan Kepada Lelaki

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.


p/s : kredit goes to sesape pemilik asal artikel ni..

Tuesday, March 15, 2011

Update On Disaster In Japan (15 march 2011)



Bencana di Jepun bertambah buruk.
keadaan loji nuklear di Jepun (pic kecik,sile klik untuk besarkan)




A Rare hope

wanita 70 tahun  ditemui oleh penyelamat hidup 4 hari selepas gempa bumi dan tsunami melanda Jepun timur laut,Jumaat lalu.

"Osaka jurucakap jabatan pemadam kebakaran Yuko Kotanimengatakan wanita itu ditemui di dalam rumahnya yang terbawa tsunami di Wilayah Iwate Jepun timur laut itu", laporan msnbc.com.

Wanita  yang menderita Hipotermia sekarang sedang dirawat di hospital


Penemuan seperti inilah yang memberi harapn baru kepada pasukan penyelamat untuk terus mencari mangsa tsunami.


p/s : mengharap yang terbaik untuk mereka

Monday, March 14, 2011

Multiple Disaster in Japan.

Jepun yang kite tahu : sebuah negara maju yang menjadi salah satu kuasa besar ekomomi dunia.                                                            
                                                                                                
a beautiful and peaceful residential place in Miyagi, Japan



a modern city of Sendai, Japan




Tetapi, sekuat-kuat negara pun boleh jatuh dengan kuasa alam semula jadi. 
  1.    Gempa bumi
    • gempa bumi sekuat 8.9 pada skal ritcher berlaku di Jepun. Gempa bumi tersebut merupakan kelima terkuat di dunia sejak 1990, dan terkuat yang berlaku dalam dalam sejarah Jepun.
    • Kemajuan teknologi bangunan di Jepun telah meminimumkan impak gegaran, jumlah bangunan yang rosak akibat gempa adalah sedikit.
  2. Tsunami
    • Gempa bumi tersebut telah menyebabkan berlakunya tsunami. Amaran tsunami telah dikeluarkan kepada lebih 50 negara di Lautan Pasifik.
    • Dalam masa satu jam selepas gempa dinding air sehingga 10meter menhempas pesisir pantai Jepun.Kereta, kapal dan kereta api yang hanyut. Bangunan runtuh. Jalan dan jalan raya terputus. Kebakaran meletus di banyak lokasi.
    • Sementara jumlah korban secara keseluruhan masih belum jelas,ketua polis di wilayah Miyagi yang terjejas teruk mengatakan jumlah kematian adalah berkemungkinan untuk melebihi 10.000 di Miyagi sahaja.
    Sendai City
  3. Bekas kawasan perumahan di Miyagi

    3. Ancaman nuklear
    • Setakat ini, 3 letupan telah berlaku ni loji nuklear Jepun di Fukushima Dai-ichi.
    • Ini telah menimbulkan risiko radiasi bahan radioaktif.

"Please do not go outside. Please stay indoors. Please close windows and make your homes airtight. Don't turn on ventilators. Please hang on your laundry indoors,"                                          ~ Chief Cabinet Secretary Yukio Edano
 "It's like a horror movie," said 49-year-old Kyoko Nambu as she stood on a hillside overlooking her ruined hometown of Soma, about 25 miles (40 kilometers) from the plant. "Our house is gone and now they are telling us to stay indoors. ~Associated Press
"We can see the damage to our houses, but radiation? ... We have no idea what is happening. I am so scared."
pusat tenaga nuklear selepas letupan

  • Sedikit penerangan tentang ancaman nuklear

SEGMEN :BEN ASHAARI SOAL CINTA





    1. Wanita bagaimanakah yang menjadi pilihan hati anda ?
      Wanita yang bile pandang jek, automatic sejuk jek ati.. Bile pandang, tibe-tibe senang jek nak tersenyum muke ni. Dan, yang penting, yang boleh terima diri kite, kalau die perfect tapi takleh terime kite seadenye pun parah, macam-macam die demand nanti, memang kirim salam tak mampu laa jawabnye. 

    2. Definisi keseksian seseorang wanita bagi anda ..
      Sebagai lelaki normal, jawapan tak byk berubah kot,kot la. Berkulit agak cerah, bersih, dan memiliki susuk tubuh yang semua perempuan pun nak. Plus, suare sedap, and manje-manje cket.haha..tapi, bende ni semua tak penting pun. kan? yang penting orangnye. :)

    3. Apakah maksud PENGORBANAN CINTA bagi anda ?
      Pengorbanan cinte? Err, maybe kesanggup untuk buat ape-ape sahaja untuk mempertahankan cinta. Dan yang selalu dilupakn, berusaha supaya cinta tu terus kekal mekar selamanye. Bukan rini becinte, esok ilang. Itu buat ape berkorban.

    4. Perlukah pasangan anda berkorban apa saja demi membuktikan cintanya pada anda ?
      Tidak perlu rasenye. Cukup sekadar komitmen yang die berikan, komited dalam hubungan dan  berkongsi antara satu sama lain. Yang lebih penting ialah percaye kepade pasangan, mempercayai satu sama lain, itu lebih menjamin kebahagian, kot..

    5. Jika keluarga pasangan anda tidak mahu menerima anda sebagai menantu mereka , apakah yang akan anda lakukan ?
      Berusaha sehabis baik ambil hati mereka. Jiwa lelaki, mestilah kene kuat, kental. Takkan capat sangat nak mengalah, kan?

    6. Berapa kalikah anda putus cinta ? Kenapa ?
      Mari jawab dengan jujur.. Ermm, tak pernah sekalipun setakat ini. Kenape? dah memang tak pernah, nak buat caner,hee. Dah due-due setie kan. :)

    7. Pada pendapat anda , lelaki atau perempuankah yang mudah berlaku curang ? Secara umum ... kenapa ?
      Jawapn ni merujuk kepada lelaki dan perempuan normal, ( golongan playboy tegar dan golongan playgirl taktawu malu tidak termasuk dalm jawapan ni)

      Lelaki mudah untuk kelihatan curang, walaupun mereka tidak curang sebenarnya. Guys like to flirt all the time, tak dinafikan, tapi tak kire macam mane pun die buat, selalunye dalam ati satu-satu lelaki tu, tetap hanye ade sorang jek perempuan yang betul-betul die sayang. Hati lelaki kan susah nak tembus, tapi kalau dah tembus, selalunye lekat, susah kot nak tanggal.
      So, I think perempuan kot lagi mudah curang. Dapat lagi yang ayat die power, laki yang sweet, perempuan senang nak buat satu ruang lain dalam hati die untuk lelaki tu,. Dan yes, even pun begitu, perempuan tu salunye akan masih lagi sygkan partner sasl die, cume perempuan senang nak sayangkan orag lain jugak  
      Sorry ayat berbelit.haha

    8. Apakah anda seorang yang mudah cemburu ?
      ye, mudah cemburu. betul. Even bende kecik pun boleh naek jelez macam ape. Lagi-lagi kalu ade yang berani kacaw-kacaw Si die kan. Memang terus tak senang jek duduk. Pantang & keturunan.haha

    BEN ASHAARI : BLOGGER LELAKI vs PEREMPUAN




    1. Dalam memberi pendapat dalam entri, apakah blogger perempuan benar benar ikhlas ?
      Kalau mengikut pendapat la kan, blogger perempuan ikhlas dalam tulis entry, maybe lebih ikhlas dari kebayakan blogger lelaki. Lagipun perempuan kan memang suke suarekan pndapat, kot, lagi2 dalam medium gini, means diorang bole bagi pendapat tanpe perlu face-to-face dgn sesape, face-to-face dengan monitor jek. :)

    2. Apakah anda suka melihat blog blog perempuan yang penuh dengan gambar ?
      1,2 ke 3 gmbar oke. Buat makin berseri blognye. Tapi kalu dah penuh dengaan gambar memanjang, entry pun penuh gambar jek, ayat sebaris due, baik tapaya. Macm nampak mengade-ngade,gedik. Baik pegi Google Image ke, Flickr ke, tengok, carik gambar kat sane, lagi best. Ni pendapat personal,sorry kalau trase hati.

    3. Pada pendapat anda , kenapa perempuan berblog ? Secara umum ..
      Dah name perempuan, kaum ni kan sangat terkenal dengan sikap mereka yang suke bercerita, bergosip,etc,etc. :p  Bende ni lah jadik penaik semangat diorang berblog,,hee ( at least, for the most of them, I think)

    4. Blogger perempuan mempertaruhkan wajahnya untuk mendapatkan ramai follower.. Benarkah ?
      Yeke? taklah rasenye.. Muke tu jadik faktor kecik jek dalam dapatkan folloewer. So, tak benar lah rasenye.

    5. Blog perempuan yang anda rasa patut POPULAR !
      Blog yang popular kenelah blog bergune, banyak info. Info yang bergunelah k.Dan blog yang ade cerite-cerite best yang at least, adeleh pengajaran cket-cket dalam most entrinye. :) Tak isahlah pengajaran tu hadir secare tersurat@tersirat.

    6. Jika anda blogger perempuan , apakah yang akan anda elakkan dari bercerita dalam blog ..
      Berdasarkan pemerhatian ok, bukan pengalaman, perkara yang perlu dielakkan dari berceita dalam blog ialah perkare macam masalah-masalh yang terlalu peribadi, nanti bahaye orang lain gunekan masalah tue ke atas kite pulak kan. Dan tak kire laki ke perempuan, kene hati-hati dalam ceritakan maklumat peribadi dengan terlalu detail. Blog boleh diakses oleh sape-sape dalm dunie ni, so langkah berhati-hati tu penting. :)

    Monday, March 7, 2011

    MARA Edufair

    my birthday cake (awal kan) :)

       Satu hari,kami(myself, Si Ketod,Aten) jalan-jalan di MARA EduFair di Angsana,johor Bahru.
    Jalan 2,3 langkah mesti akan ade pamphlet baru yang dihulur dari pelbagai arah.

       Booth pertame yang kami masuk , abang tu berie-ie promote tentang course yang die kate "famous",course Diploma Pra Sekolah. Sape-sape yang agak-agak diri berminat nak jadik cikgu tadika, bolehlah usha course tu ;)  Course ni senang, tapena jumpe student merungut susah (bak kate dielah kan).

      Jalan ke depan cket, sampailah ke satu booth(sory,name tak ingat). Di sini, Miera Tieqa dan Omer juin.Booth ni basically tentang medical studies kat oversea la. Sedikit pengetahuan,,

    1. Mostly, student MARA akn pergi ke Mesir, Russia atau Indonesia. 
      • Mesir : Cairo, Tanta, Alexendria
      • Russia : Moscow Medical Academy (MMA),MMR
    2. MARA hanya akan memberi biasiswa ke Mesir kepada pelajar yang ambil Bahasa Arab SAHAJA.
      • Bagi pelajar lain, biasiswa haya akan diberi mulai tahun kedue, berdasarkan keputusan exam tahun pertama anda. 
    Pastu, macam-macam la pakcik ue bebel, macam-macam die cerite. Then, die gtau, kalau mohon JPA, sape2 yang dapt straight A+ jek yang peluang cerah ke oversea, yang lain tu,kirim salam jek la. =.='





       Nampak pic kek kat atas? Thats my cake.hee. Dah bertaun tadapt kek sendrik. heee 
    (even terawal sampai 20 hari,tapi tapelah,janji dpt kek birthday) :p  makan dengan KFC and otak-otak,sedap. :)


    p/s : tak lupe jugak dapat kasut baru, thanksss :)

    kasut..haha