Thursday, January 6, 2011

ALERT !!

NASIONAL

 

GEORGETOWN: Semua naib canselor institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk memulakan sesi akademik baru pada September bagi semua pelajar mereka, bermula tahun ini. Naib canselor IPT setuju sesi akademik bermula September


2011/01/06


Pengerusi Jawatankuasa Rektor dan Naib Canselor Malaysia, Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, berkata perkara berkenaan diputuskan ketika perbincangan bersama semua naib canselor IPT, kelmarin.
“Kami berpandangan anjakan kemasukan pelajar IPT yang lazimnya pada Julai kepada September akan meningkatkan status universiti tempatan menjadi lebih cekap serta bertaraf global, termasuk membantu melicinkan lagi program pertukaran pelajar antarabangsa.
“Penyelarasan itu perlu kerana kebanyakan institusi pengajian di negara luar memulakan sesi akademik mereka pada September. Malah, kebanyakan IPT negara jiran Indonesia dan Filipina juga memulakan sesi akademik baru pada bulan itu," katanya. 

Beliau yang juga Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) bercakap pada sidang media selepas menyampaikan perutusan tahun baru kepada kakitangan dan pelajar universiti itu di Dewan Budaya USM di sini, semalam. 

Kelmarin, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dipetik sebagai berkata penyelarasan kalendar akademik IPTA dari Jun ke September, akan dilakukan secara berperingkat mulai sesi 2011/2012 hingga sesi akademik 2013/2014. 

Penyelarasan itu akan menyaksikan tarikh pendaftaran pelajar baru dianjakkan dua minggu ke depan setiap sesi akademik supaya fasa peralihan dari Julai ke September dapat dilaksanakan mulai sesi akademik 2013-2014. 
Khaled, berkata penyelarasan itu penting dan menjadi sebahagian pendekatan Kementerian Pengajian Tinggi untuk memperkukuh serta transformasi sektor pengajian tinggi negara menerusi Fasa Kedua Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) mulai 1 Januari 2011 hingga 31 Disember 2015. 

Dalam perkembangan berkaitan, Dzulkifli berkata, reaksi pelajar berhubung perkara itu seharusnya tidak timbul kerana pelbagai pihak akan memperoleh banyak manfaat penyelarasan itu. 


______________________________________________________________________________________________




This article above had been taken from http://www.bharian.com.my/bharian/articles/.


orait guys,that means we got a lot of time to enjoy.. :) ..a piece of advice though,"time is gold",so use it wisely..the easiest way to use it wisely is to take part time job for example,which I currently searching for..(harap-harap dapatlah,,na yg keje paling sikit dgn gaji paling banyak,boleh??  :p). waktu tules 'expected salary' kat form aritu pun,maen tibai jek..haha


secara kesuluruhan,personally,i think ni satu langkah yabg bagus,at least tade lah niversiti kat malaysia kosong sebab student lari oversea..yabg pentng,student tu sendrik,ape na dbwat dalam mase menunggu yang amat lame ni..na lepak boleh,na something beneficial boleh,suke ati..kite bukan dlm alam sekolah,yang jadual waktu memang dah tetap,and student kene ikut jek macam robot,lagi2 kepada student asrama..


kebebasan bermaksud tanggungjawab.."From great power,comes great responsibility",ala-ala gitu la situasi plajar baru pas alam sekolah,,konon xcted lebih,dah abez sekolah la katekan..




p/s : can't wait until March arrive..SPM result is closer by the day.



No comments: