Friday, March 18, 2011

Takutnyer..

    Baru baru ni kan Jepun  dilanda macam-macam krisis kan. Sekarang yang masyarakat dunia sedang pandang ialah krisis nuklear dekat Jepun. Perkembangan terbaru setakat ni ialah pihak Jepun dah isyhtiharkan bahawa sekarang krisis nuklear dekat Jepun telah sampai ke tahap 5. 


   Krisis di Daiichi Fukushima, yang dulunye dinilai sebagai cume masalah tempatan, sekarang dianggap sebagai memiliki "kesan yang lebih luas". Luas yang macam mane tatawulah. Tapi, radiasi nuklear kot, sape tak takot.


Oke, bagi sesape yang macam kureng faham tentang tahap-tahap krisis nuklear, meh penerangan cket.
  • Krisis nuklear akan diukur dalam 7 tahap, Tahap 7 paling tinggi, kirenye dah sangat dahsyat la. Ini berdasarkan insiden Chernobyl, Ukraine pada 1986
  • Tahap 4 bercorak stermpat
  • Tahap 5 bermaksud rod tindak balas nuklear telah mengalami kerosakan yang teruk, insiden nuklear di Three Mile Island pada 1979 di Amerika Syarikat jugak berda di tahap 5.
Tapi sikap rakyat Jepun ni memang salute abislah. Walaupun mangsa-mangsa yang terselamat tu hidup dengan kurang makanan, kurang minuman, suhu pulak di bawahh takat beku, tapi diorang still bekerjasama tolong menolong. Waktu pengagihan makanan, diorang agihkan sendiri tanpa berebut-rebut. Memang berdisiplin lah. Tak nampak sorang pun yang pentingkan diri sendiri. Tengok Malaysia, naik bas pun berebut macam hape, =,=

lagi satu, seorang wartawan akhbar ade beri laporan yang sebenarnye masyarakat dunia, masyarakat Barat yang kelam kebut itu ini, sedangkan rakyat Jepun di Tokyo dan bandar-bandar lain semua berusaha menjalani kehidupan seperti biasa. cool jeh diorang :)

 Lastly, selamat berjaye pasukan bomba elit Jepun dari Tokyo yang pergi ke reaktor nuklear untuk pulihkan keadaan. Keberanian diorang amat hebat.


p/s : negara kite Malaysia pun ade usulkan nak buat reaktor nuklear pada masa hadapan, agak-agak korang setuju tak?

No comments: