Saturday, March 19, 2011

Whatt??

ari ni, bangun-bangun pagi tadi macam biase pergi sarapan kat bawah. Makan burger pagi tadi. Lepas tu, terus la pergi on komputer. Dalam tengah-tengah gune, ade sorang lelaki cine masuk rumah. Mak aku bawak die naik atas. Uncle tu  datang dari  syarikat pembersihan haiwan perosak, nak check rumah, ne bersihkan atas syiling rumah tu..

  Syiling rumah aku memang dah sekian lame jadik tempat penginapan sejenis haiwan nokturnal  bernama kelawar. Dari kecik-kecik lagi dah biase dah terdengar bunyik kelawar. Tapi bagi yang tak pernah dengar,tibe-tibe terdengar, boleh terkejut oo, bunyik die macam seram.HAHA..

gambar hiasan..hee

   Uncle tu pun panjatlah tangge masuk dalam syiling rumah. Seminit kemudian die keluar, die bagitau "Ini dah kritikal, memang dah penuh dengab kelawar dengan nalis-najis kelawar pun ade. =.=
Well, yang tu memang dah agak kot. Tapi, pastu die sambung lagi cakap, " dekat atas tu pun ade  punye sarang, sudah manyak besar woo." Aku dengar pun, macam, WOO,WHAT?. Pastu uncle tu kate,  nak tengok panjatlah. Mak aku pun suruh panjat, tengok. Panjat-panjat, suluh cikit, kelihatanlah semergam indah sarang lebah.. an yang paling menarik, bende alah tu straight ade betul-betul atas bilik aku, atas syiling dekat katil aku. Fuhh, giler cuak!! mene tawu tak memasal sarang tu jatuh ke kan waktu aku tidur, tak naye??   Tapi patutlah selalu jek aku nampak sekor due lebah dalam bilik aku, ingatkan diorang datang dari luar..=,=
satu lagi gambar hiasan..hee

  Dalam 2 minggu lagi baru buang segale bende tu nanti, uncle tu datang lagi.

p/s : cuak. rase macam duduk sebilik dengan sekawan lebah.best?

Friday, March 18, 2011

Takutnyer..

    Baru baru ni kan Jepun  dilanda macam-macam krisis kan. Sekarang yang masyarakat dunia sedang pandang ialah krisis nuklear dekat Jepun. Perkembangan terbaru setakat ni ialah pihak Jepun dah isyhtiharkan bahawa sekarang krisis nuklear dekat Jepun telah sampai ke tahap 5. 


   Krisis di Daiichi Fukushima, yang dulunye dinilai sebagai cume masalah tempatan, sekarang dianggap sebagai memiliki "kesan yang lebih luas". Luas yang macam mane tatawulah. Tapi, radiasi nuklear kot, sape tak takot.


Oke, bagi sesape yang macam kureng faham tentang tahap-tahap krisis nuklear, meh penerangan cket.
  • Krisis nuklear akan diukur dalam 7 tahap, Tahap 7 paling tinggi, kirenye dah sangat dahsyat la. Ini berdasarkan insiden Chernobyl, Ukraine pada 1986
  • Tahap 4 bercorak stermpat
  • Tahap 5 bermaksud rod tindak balas nuklear telah mengalami kerosakan yang teruk, insiden nuklear di Three Mile Island pada 1979 di Amerika Syarikat jugak berda di tahap 5.
Tapi sikap rakyat Jepun ni memang salute abislah. Walaupun mangsa-mangsa yang terselamat tu hidup dengan kurang makanan, kurang minuman, suhu pulak di bawahh takat beku, tapi diorang still bekerjasama tolong menolong. Waktu pengagihan makanan, diorang agihkan sendiri tanpa berebut-rebut. Memang berdisiplin lah. Tak nampak sorang pun yang pentingkan diri sendiri. Tengok Malaysia, naik bas pun berebut macam hape, =,=

lagi satu, seorang wartawan akhbar ade beri laporan yang sebenarnye masyarakat dunia, masyarakat Barat yang kelam kebut itu ini, sedangkan rakyat Jepun di Tokyo dan bandar-bandar lain semua berusaha menjalani kehidupan seperti biasa. cool jeh diorang :)

 Lastly, selamat berjaye pasukan bomba elit Jepun dari Tokyo yang pergi ke reaktor nuklear untuk pulihkan keadaan. Keberanian diorang amat hebat.


p/s : negara kite Malaysia pun ade usulkan nak buat reaktor nuklear pada masa hadapan, agak-agak korang setuju tak?

Wednesday, March 16, 2011

BEN ASHAARI : LELAKI vs PEREMPUAN KERANA FIZIKAL



  1. Anda pernah jatuh cinta ? Apakah yang membuatkan anda jatuh cinta ? Kerana fizikal atau keperibadiannya ?
    pernah la, sebagai manusia normal kan.hahaha. Mule-mule pandang keperbadian, tapi fizikal kene pandang la jugak sebagai faktor kedue. Tapi, kecantikan fizikal kan subjektif, semua orang pandang dengan dengan care yang tersendiri. Beauty lies with the eyes of the beholder.

  2. Apakah anda jenis mengutamakan fizikal dalam memilih pasangan hidup ? Kenapa ?
    utama lah jugak. walaupun ape orng cakap, fizikal penting dalam pilih pasangan, kalau tak nanti, senang rase bosan, dan itu kan bahaye dalam hubungan. tetapi saye senang jek nak berpuas ati dengan fizikal seseorang,kot.hee..~ sekadar pandangan ok..

  3. Bahagian fizikal manakah yang membuatkan anda tertarik ? Kenapa ?
    Bahagian muke. Bile pandang muke tu, sejuk jek hati memandang, itu sebab tertarik. Senyuman yang menawan pun boleh jadik daye penarik. ;)

  4. Pendapat anda jika pasangan yang dah berkahwin mengatakan 'berisi tandanya bahagia' .. Apakah anda setuju ?
    Setuju kot. Jangan extrm sangat berisinye tibe-tibe sudah. haha. Tapi, kalau dah kahwin tapi tak berisi, tak la bermaksud kehidupan diorang tak bahagia. 

  5. Setujukah , lelaki kacak biasa kaki perempuan dan perempuan cantik pula materialistik ? Jelaskan pilihan jawapan anda ..
    TEEETT, tadak setuju. ade jek lelaki tak kacak tapi kaki perempuan(tarik perempuan gune harta) . Ade jugak perempuan tak cantik tapi materalistik, tapi kadang-kadang kite terlepas pandang golongan tu. Sebenarnye dunie ni ade macam-macam manusia, semua sikap, sifat pun ade, baik, jahat, dan sebagainya. Itu semua ikut hati, bukan fizikal.

  6. Beri contoh LELAKI IDAMAN ( bagi perempuan ) dan PEREMPUAN IDAMAN ( bagi lelaki ) ... Sila jelaskan pilihan anda .. kenapa anda pilih 'si dia '  ..
    Perempuan Idaman?? Tak pernah terpikir sangatlah pulak. Mane ade kot orang yang sempurna dalam dunie kan. Cukuplah yang besederhana. hee. yelakan, most perempuan dalam iklan tv pun bukan betul sangat, lagi bayak edit kat komputer jek.
  7. Apakah anda berpuashati dengan fizikal pasangan anda sekarang ?
    Berpuas hati. Semua pun oke jep. Tu yang tak paham bile die yang tak abes-abes kate nak diet la, byk jerawat, byk jek komen diri sendrik, perempuan la katekan.. sighh ~

  8. Apakah anda berpuashati dengan fizikal anda sendiri ?
    nope. I want to gain some weight. pleasee, any tips?

  9. Perlukah seseorang wanita / lelaki itu menjaga tubuh badan kerana kehendak pasangannya ?
    Kalau perkara yang kecik-kecik tu bolehla kot sikit-sikit,penting jugak tu. Tapi la kan, selain tu, taperlu, yang penting kan hati, bukan tubuh badan sahaja. Yang paling penting dapat terima pasangan seadanya.

  10. Zaman sekarang ini , terlalu banyak produk menguruskan badan ... Apakah anda rasa ianya benar benar mujarab ? Ada bukti ? heheh..
    Kalau yang setakat jual tepi-tepi jalan tu, susahla nak percaya. Kalau berkesan kuruskan badan pun, takut-takut ade kesan sampingan lain.Papehal, check la kat internet ke tentang produk-produk ni, yang penting tengok komen pengguna. Ade yang efektif, tapi kene carik betul-betullah kot.

Pesanan Kepada Lelaki

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.


p/s : kredit goes to sesape pemilik asal artikel ni..