Friday, April 22, 2011

My New Gadget.

HTC Wildfire

PSP-Go   


   Helloo guys,, lame sungguh tak pegi blog ni.. Busy sangat-sangat la tu konon.. Macam-macam la yang kene buat katekan : D

  Anyhow, I managed to get 8A=, 1 A- in SPM.Alhamdulillah. Nak cerita la jugak even bende dah lame kan.. Sebenarnye, result tu both melebihi target dan tak sampai target pada mase yang same..ahaha.. Sebenar-benarnye, tak pernah pulak terpikir nak dapat sampai 8A+ ( melebihi target), tapi konon-konon bajet tak nak yang ade sampai A- ( Bio A-). Ape-ape pun, Alhamdulillah.. Dan tahniah kepada rakan saya dari MRSM Tun Ghafar Baba yang terpilih menjadi salah seorang pelajar terbaik Malaysia.. Masuk paper woo, Tahniah kepada Syazwan Aiman Sobri!

   kemudian, nampak gambar kat atas tu? Yup, they are mine now. ;)  saje nak pomot, my new smartphone HTC Wildfire yang menggunakan OS Android. kepada sape2 yang nak beli smartphone lepas-lepas ni, direkomenkan la beli phone yang gune OS Android ni..

  pic lagi satu tu gambar PSP-go.. mesti dah tawu kan? kan dah tulis kan caption pic ue. :)   Umumnya, PP-Go ialah alat mainan portable yang boleh dibawak ke mane-mene ( dah kate portable kan). Alat ini juga mampu jadik macam MP4( main lagu, tgok video), better dari MP4 kot, skrin die besar. Lastly, ia juga mampu surf interbet.Wahh!! cool kan..heee

p/s : bile nak masuk U ni, lambatnyee, =,=

His New Look :)


Hai. saya Syud. ingat Hanisa sorang je ke boleh update belog Amier? saya nak jugak. hihiks!

Di tengah malam buta ni, saya melayan kerenah budak gedik ni dengan teruja. jarang-jarang tau dia nak mintak tolong saya. tolong apa? ni, edit belog, sapu habuk-habuk belog dengan bulu ayam. HAHA.

Dah berkurun kot dia tak hapdate. rase nak hentak je monitor bila tengok entry beku dia. sila nangis bersama-sama :D AHKAUTAKNAKDAHDIAM!

Hari tu SPM budak gedik ni dapat 8A+ dan 1A- tau. kami sama-sama bihijak Biologi sampai tak mampu dapat A+ tu T___T ni apesal dah nangis ni? kesat hingus tu cepat! HAHA.

Lepas tu budak gedik ni dapat interview MARA untuk medic dekat Middle East. kesian dekat si budak mengada ni. OH INI SANGAT ANNOYING. kalau nak muntah, sila tutup belog budak gedik ini dengan kepantasan 6747 km per jam. amende merepek saya ni? gian mahu belajar velocity kah? kahkah!

Lepas tu pagi tadi budak gedik ni dah tua. tak, bukan sebab birthday dia cecah ke 83 kali, tapi sebab dia dah jadi pak cik. iye, kakak dia selamat melahirkan Muhammad Al-Fatih dengan muka yang comel dan teruja sekali :') tahniah Kak Iqin serta Pak Cik Gedik! HAHA.

Yayy! akhirnya saya berjaya cerita dengan ringkas tentang perjalanan hidup si gedik ni sepanjang dia tak online, blogging. jadi besok, saya tak mahu awak cerita pasal apa yang dah saya cerita dekat sini eh. awak nak post entry, cakap pasal lain. jangan tiru idea saya, isi-isi mahupun penutup. tau si gedik tauu?

Okay budak mengada nak tidur. besok ada sekolah ganti. ikut jadual hari kamis pulak tu. ciss! ciss! ni apesal nak emosi dengan hari kamis ni? dah la eja khamis pun salah! okay dah. sila lempang sampai saya tertidur, buhbaiiii! :DD

Saturday, March 19, 2011

Whatt??

ari ni, bangun-bangun pagi tadi macam biase pergi sarapan kat bawah. Makan burger pagi tadi. Lepas tu, terus la pergi on komputer. Dalam tengah-tengah gune, ade sorang lelaki cine masuk rumah. Mak aku bawak die naik atas. Uncle tu  datang dari  syarikat pembersihan haiwan perosak, nak check rumah, ne bersihkan atas syiling rumah tu..

  Syiling rumah aku memang dah sekian lame jadik tempat penginapan sejenis haiwan nokturnal  bernama kelawar. Dari kecik-kecik lagi dah biase dah terdengar bunyik kelawar. Tapi bagi yang tak pernah dengar,tibe-tibe terdengar, boleh terkejut oo, bunyik die macam seram.HAHA..

gambar hiasan..hee

   Uncle tu pun panjatlah tangge masuk dalam syiling rumah. Seminit kemudian die keluar, die bagitau "Ini dah kritikal, memang dah penuh dengab kelawar dengan nalis-najis kelawar pun ade. =.=
Well, yang tu memang dah agak kot. Tapi, pastu die sambung lagi cakap, " dekat atas tu pun ade  punye sarang, sudah manyak besar woo." Aku dengar pun, macam, WOO,WHAT?. Pastu uncle tu kate,  nak tengok panjatlah. Mak aku pun suruh panjat, tengok. Panjat-panjat, suluh cikit, kelihatanlah semergam indah sarang lebah.. an yang paling menarik, bende alah tu straight ade betul-betul atas bilik aku, atas syiling dekat katil aku. Fuhh, giler cuak!! mene tawu tak memasal sarang tu jatuh ke kan waktu aku tidur, tak naye??   Tapi patutlah selalu jek aku nampak sekor due lebah dalam bilik aku, ingatkan diorang datang dari luar..=,=
satu lagi gambar hiasan..hee

  Dalam 2 minggu lagi baru buang segale bende tu nanti, uncle tu datang lagi.

p/s : cuak. rase macam duduk sebilik dengan sekawan lebah.best?

Friday, March 18, 2011

Takutnyer..

    Baru baru ni kan Jepun  dilanda macam-macam krisis kan. Sekarang yang masyarakat dunia sedang pandang ialah krisis nuklear dekat Jepun. Perkembangan terbaru setakat ni ialah pihak Jepun dah isyhtiharkan bahawa sekarang krisis nuklear dekat Jepun telah sampai ke tahap 5. 


   Krisis di Daiichi Fukushima, yang dulunye dinilai sebagai cume masalah tempatan, sekarang dianggap sebagai memiliki "kesan yang lebih luas". Luas yang macam mane tatawulah. Tapi, radiasi nuklear kot, sape tak takot.


Oke, bagi sesape yang macam kureng faham tentang tahap-tahap krisis nuklear, meh penerangan cket.
  • Krisis nuklear akan diukur dalam 7 tahap, Tahap 7 paling tinggi, kirenye dah sangat dahsyat la. Ini berdasarkan insiden Chernobyl, Ukraine pada 1986
  • Tahap 4 bercorak stermpat
  • Tahap 5 bermaksud rod tindak balas nuklear telah mengalami kerosakan yang teruk, insiden nuklear di Three Mile Island pada 1979 di Amerika Syarikat jugak berda di tahap 5.
Tapi sikap rakyat Jepun ni memang salute abislah. Walaupun mangsa-mangsa yang terselamat tu hidup dengan kurang makanan, kurang minuman, suhu pulak di bawahh takat beku, tapi diorang still bekerjasama tolong menolong. Waktu pengagihan makanan, diorang agihkan sendiri tanpa berebut-rebut. Memang berdisiplin lah. Tak nampak sorang pun yang pentingkan diri sendiri. Tengok Malaysia, naik bas pun berebut macam hape, =,=

lagi satu, seorang wartawan akhbar ade beri laporan yang sebenarnye masyarakat dunia, masyarakat Barat yang kelam kebut itu ini, sedangkan rakyat Jepun di Tokyo dan bandar-bandar lain semua berusaha menjalani kehidupan seperti biasa. cool jeh diorang :)

 Lastly, selamat berjaye pasukan bomba elit Jepun dari Tokyo yang pergi ke reaktor nuklear untuk pulihkan keadaan. Keberanian diorang amat hebat.


p/s : negara kite Malaysia pun ade usulkan nak buat reaktor nuklear pada masa hadapan, agak-agak korang setuju tak?